Sinopsis War of the Ring

Rencana utama: The Fellowship of the Ring, The Two Towers, The Return of the King

The Lord of the Rings bermula lebih kurang 60 tahun selepas berakhirnya The Hobbit. Kisahnya bermula dengan jilid pertama, The Fellowship of the Ring, apabila Frodo Baggins mula memiliki cincin ajaib yang ditemui pakciknya Bilbo. Sahabat lama Bilbo, Ahli Sihir Gandalf, yang terlibat bersama Bilbo dalam The Hobbit menemui yang sebenarnya cincin tersebut adalah Cincin yang Satu, benda berkuasa yang telah dicari oleh Sauron sejak berakhirnya Zaman Kedua.

Cincin yang satu.

Sauron menghantar pesuruhnya, Ringwraiths (Nazgûl dalam rupa sebagai penunggang hitam) ke Shire untuk mencari cincin tersebut. Frodo, dengan bantuan pembantunya yang setia, Sam Gamgee dan dua sahabat baiknya, Merry dan Pippin, dan kemudian seorang lelaki yang digelar "Strider", membawa Cincin tersebut ke Rivendell atas permintaan Gandalf. Di Rivendell, "Strider" telah didedahkan sebagai Aragorn, waris kerajaan bagi Manusia. Hobbit-hobbit tersebut juga mengetahui yang kuasa Sauron mampu dihalang apabila Aragorn mengambil alih warisan takhtanya dan memenuhi ramalan purba dengan menempa pedang Andúril, dikimpal semula dari serpihan Narsil, pedang yang memotong Cincin tangan Sauron ketika Zaman Kedua. Majlis tertinggi yang diwakili oleh semua kaum utama Bumi-tengah; Elf, Orang Kerdil, dan Manusia, yang dipengerusikan oleh Raja Elrond, memutuskan hanya satu sahaja tindakan yang mampu menyelamatkan Bumi-tengah iaitu dengan memusnahkan Cincin. Cincin itu harus di bawa ke Mordor dan dicampak ke Gunung Doom, di mana ia telah ditempa.

Frodo menawarkan diri untuk melakukan tugas tersebut dan "Persahabatan Cincin" dibentuk untuk membantunya. Perjalanan mereka membawa mereka melalui Terowong Moria, iaitu tempat mereka diikuti oleh makhluk Gollum, iaitu yang ditemui Bilbi dalan gua Goblin di Pergunungan Berkabus beberapa tahun sebelumnya. Gollum telahpun memiliki Cincin tersebut sebelum berpindah milik kepada Bilbo. Gandalf menerangkan bahawa Gollum berasal dari kaum yang "tak berbeza dengan hobbit" sebelum dia memiliki Cincin yang telah merosakkannya. Sebagai hamba kepada kuasa jahat Cincin itu, Gollum terdesak untuk memperolehi semula "Kesayangan". Apabila mereka melalui Terowong tersebut, Pippin tanpa disengajakan telah menunjukkan kehadiran mereka dan kumpulan mereka diserang. Gandalf bertarung dengan syaitan gergasi bawah tanah, Balrog, dan jatuh ke dalam gaung yang terang-terang akan menyebabkan kematiannya. Pada penghujung jilid pertama, Persahabatan tersebut berpecah dan dengan kematian dua orang ahli (Gandalf dan Boromir), lalu Frodo dan Sam memulakan perjalanan ke Mordor dengan hanya berdua.

Dalam jilid kedua, The Two Towers, kisah yang berlaku secara selari (cerita pada waktu yang sama di berlainan tempat dan di kisahkan dalam dua buku) memperincikan tentang Persahabatan yang tinggal membantu negara Rohan dalam peperangan menentang Saruman, ketua bagi kumpulan ahli sihir yang mana telah diracuni fikirannya. Gandalf kembali ke Bumi-tengah sebagai "Gandalf si Putih": Kita mengetahui yang dia membunuh Balrog, tetapi pertarungan tersebut ternyata turut tidak menyebelahi Gandalf dan kemudian dia telah "dilahirkan semula" dengan kuasa yang lebih hebat. Pada penghujung buku pertama jilid kedua, keempat-empat ahli Persahabatan (Gandalf, Aragorn, Legolas dan Gimli) membantu untuk menewaskan bala tentera Saruman di Pertarungan Helm's Deep. Buku kedua menunjukkan bagaimana Frodo dan Sam mampu menangkap dan "menjinakkan" Gollum. Gollum kemudian menunjukkan jalan ke Mordor (yang bertentangan dengan Pagar Hitam - Black Gate), walaupun terpaksa melalui negara Minas Morgul, wilayah Raja Sihir. Pada penghujung jilid, Gollum mengkhianati Frodo dengan membawanya kepada labah-labah gergasi, Shelob, dan dalam pada itu Sauron melancarkan serangan ke atas Bumi-tengah, dengan diketuai Raja Sihir yang membawa angkatan tentera Morgul untuk menentang Gondor,dalam Peperangan Cincin.

Dalam jilid ketiga, ''The Return of the King'', Sam mengalahkan Gollum dan menyelamatkan Frodo. Ketika mereka berhampiran dengan Gunung Doom, Persahabatan membantu dalam pertarungan terakhir menentang tentera Sauron, termasuklah menawan bandar menara Minas Tirith dan pertarungan sengit di hadapan Pagar Hitam Mordor, iaitu ketika Gondor dan Rohan terpaksa bersatu menentang askar Sauron untuk mengalihkan perhatian Sauron dari Cincin tersebut dengan harapan memberikan sedikit keluangan masa untuk Frodo memusnahkannya.

Menurut garis masa Tolkien, peristiwa tersebut berlaku antara pengumuman Bilbo dalam ulangtahun hari lahirnya pada Zaman Ketiga, 22 September 3001 dan kembalinya Sam ke Bag End pada Zaman Ketiga, 6 Oktober 3021. Kebanyakan peristiwa berlaku pada tahun 3018 dan 3019, iaitu dengan keluarnya Frodo dari Bag End pada Zaman Ketiga 23 September 3018 dan pemusnahan Cincin itu enam bulan kemudian iaitu 25 Mac 3019.